Program Kitar Semula Di Sekolah

 

Melalui program kitar semula. Pihak sekolah pula wajar menjadikan aktiviti kitar semula sebagai program tahunan sekolah untuk memupuk amalan kitar semula di.

  1. Poster Kitar Semula
  2. Kepentingan Kit Ar Semula
Country

Kempen Kitar Semula merupakan satu kempen yang baik dan perlu diteruskan pada setiap peringkat masyarakat. Bagi meningkatkan kesedaran kitar semula kepada pelajar, peranan pihak sekolah amatlah penting.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan kesedaran kitar semula kepada pelajar. MENGADAKAN KEMPEN KITAR SEMULA Pihak sekolah boleh mengadakan Kempen Kitar Semula di peringkat sekolah. Kempen Kitar Semula ini boleh dibuat selama sebulan oleh pihak sekolah. Semasa kempen berlangsung, semua guru akan mengingatkan pelajar tentang kebaikan menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah dan di rumah. Para pelajar akan diminta membawa bahan buangan yang boleh dikitar semula ke sekolah untuk dijual kepada kilang kitar semula.

MENGADAKAN CERAMAH Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentang kebaikan aktiviti kitar semula. Plhak sekolah boleh menjemput pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar bagi memberikan ceramah tentang kebaikan aktiviti kitar semula.

Program kit ar semula 3r

Dalam ceramah ini, pelajar digalakkan untuk bertanya soalan kepada penceramah. Pelajar juga digalakkan membuat catatan tentang kandungan ceramah yang didengar agar pengetahuan yang diperolehi akan kekal lama. MENGADAKAN PAMERAN Pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran tentang aktiviti kitar semula yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Antara agensi kerajaan yang boleh dipanggil untuk membuat pameran lalah Jabatan Alam Sekitar. Selain itu, para pelajar juga digalakkan menghasilkan buku skrap tentang aktiviti kitar semula. Sebagal galakan, pihak sekolah perlu memberi hadiah dan sijil kepada pelajar yang berjaya menghasilkan buku skrap terbaik. PERTANDINGAN MENGARANG Aktiviti lain yang boleh diadakan oleh pihak sekolah ialah mengadakan pertandingan mengarang tentang kebaikan aktiviti kitar semula.

Pertandingan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu menengah rendah dan menengah atas. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingnn kuiz alam sekitar, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti kitar semula. Setiap pemenang akan menerima hadiah yang bersesualan daripada pihak sekolah sebagai galakan kepada pelajar. MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang aktiviti kitar semula. Antara tempat-tempat tersebut lalah kilang memproses bahan kitar semula.

Poster Kitar Semula

Semasa lawatan ini, pihak sekolah perlu menggalakkan pelajar bertanya soalan dan mengambil gambar. Bahan-bahan yang diperolehi ini pula akan diolah supaya menjadi buku skrap secara kumpulan untuk rujukan dan pengetahuan kepada pelajar lain. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjayakan Kempen Kitar Semula. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah ini perlu dilakukan secara berterusan kerana program kitar semula banyak kebaikannya.

Program Kitar Semula Di Sekolah

Kepentingan Kit Ar Semula

Pihak ibu bapa juga mesti mengamalkan aktiviti kitar semula di rumah, agar anak-anak mereka mendapat contoh yang baik. Dengan kerjasama semua pihak, pasti Kempen Kitar Semula dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan SKPBP(1) berhasrat untuk melaksanakan Program Kitar Semula atas kesedaran bahawa kapasiti tapak pelupusan sampah kita yang semakin terhad. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia kedalam sumber air bawaht anah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Prosesmengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-sarap. Sebagai permulaan, pihak sekolah bercadang untuk mengehadkan pengumpulan terhadap kertasputih, kertas berwarna, sura tkhabar dan kadbod sahaja memandangkan bahan-bahan ini paling banyak didapati di persekitaran sekolah dan persekitaran sekeliling.

Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SKPBP(1) terutama guru dan pelajar.Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam sekitar dapat disemai di dalam diri seiapip warga.sekolah,menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih dan kondusif danseterusnya mengurangkan masalah pencemaran yang semakin membimbangkan kini. Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk memastikan kesejahteraan semua pihak.